Thursday, 12 November 2015

CONTACT US



Sekiranya UM@R HOMESTAY menepati keperluan kalian,...Sudilah kiranya hubungi kami :

ENCIK FAIZAL HAZIZI BIN ROSLI : 012-2676252 ( call/message/wasap )

PUAN NORLIZA BINTI IDRIS : 017-6548845 ( call/message/wasap )



Berjumpa kita di UM@R HOMESTAY :

                    no ; 1069 lorong seremban 3 35/3
                    taman seremban 3
                    70300 seremban
                     negeri sembilan darul khusus

Thursday, 29 October 2015

HOMESTAY MURAH DI SEREMBAN 3, UITM SEREMBAN 3 DI NEGERI SEMBILAN

                        Assalamualaikum…wbt…dan selamat sejahtera .....

Saya nak perkenalkan homestay pertama kami, UMAR HOMESTAY yang terletak di Taman Seremban 3, Seremban 3, Negeri Sembilan Darul Khusus. UMAR HOMESTAY merupakan homestay corner lot dan berhadapan dengan padang permainan. UMAR HOMESTAY ni baby lg...baru 5 bulan usianya.....

UMAR HOMESTAY menawarkan penginapan untuk sekiranya tuan/puan ingin melawat anak / berkursus di UITM Seremban 3, menjaga waris di HOSPITAL TUANKU JAAFAR , tempat penginapan ketika kenduri , bercuti dan mempunyai urusan di Seremban, UMAR HOMESTAY adalah lokasi yang sangat strategik untuk menginap.  Ini adalah kerana keistimewaan lokasi UMAR HOMESTAY :

  • 3 minit ke UITM Seremban 3 (1km)
  • 10 minit ke HOSPITAL TUANKU JAAFAR, Seremban (7km)
  • 15 minit ke KTM Komuter station Seremban (8km)
  • 5 minit ker PLUS TOL Port Dickson (4km)
  • 15 mins to JUSCO S2 (10km)
  • 15 minit ke bandar seremban (8km)


                                     
                             UMAR HOMESTAY, TAMAN SEREMBAN 3, SEREMBAN 3

UMAR HOMESTAY ado :
  • 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • 2 bilik ( katil queen ) dan 1 bilik ( katil single )
  •   Aircond di bilik tidur utama
  •   Pemanas Air di toilet bilik tidur utama
  •   Peralatan memasak, kettle n iron
  •  Parkir utk 2 buah kereta
  • TV di ruang tamu
  • Meja makan 6 kerusi di ruang makan
  • Mesin basuh automatik
  • Petiais



CHECK in CHECK out
  • Check in 2 ptg
  • Check OUT 12.30 tgh

KADAR BAYARAN

  • 1 mlm = rm 160
  • 2 mlm = rm 300
  • 3 mlm = rm 400
Bagi mereka yg ingin menginap lebih lama.....penambahan rm 100 utk malam berikutnya.....

CARA BAYAR
  • Bank in ke MAYBANK. No akaun : 155041703598 ( NORLIZA BINTI IDRIS )

HUBUNGI :

Sekiranya UMAR HOMESTAY ni…menepati keperluan tuan/ puan sila hubungi kami di talian spt di bawah….

  •  Call / message / wasap : ENCIK FAIZAL HAZIZI ( 012 – 267 6252 )
  •  Call / message / wasap : PUAN NORLIZA BINTI IDRIS ( 017 – 654 8845 )


Sebagai owner UMAR HOMESTAY....sy amat berharap, tuan/puan mempunyai tujuan seperti yang sy nyatakan di atas SAHAJA utk menginap di UMAR HOMESTAY.....Sekiranya tuan/puan menginap di UMAR HOMESTAY atas urusan yg tidak baik@menyalahi hukum ALLAH, sy selaku owner UMAR HOMESTAY akan dakwa tuan/puan di PADANG MASYAR nanti.....nampak keras ayat ni kan...bukan apa, sy xmahu homestay ni dimudahkan utk urusan yang tidak sepatutnya....itu jer niat sy......

Sebelum mengakhiri coretan UMAR HOMESTAY......as an owner of UMAR HOMESTAY, we are serve u....those following happy perception......AMIN....



Salam sume....ini adalah update utk um@r homestay di seremban 3...gambar dlm um@r homestay....


 ini ruang tamu.....masuk2 jer...jmpe tb...astro njoi....



ni ruang makan....sy suka wall paper ni....ceria jer....



ni dapur plak..ada petiais 2 pintu....selain tu, ada dapur nk masak2....microwave pon ada kalu nk panaskan lauk....water heater pon ada....baju nak basuh pon ada mesin nyer...auto washing machine....penyidai baju pon ada disediakan....so nanti, boleh siap2 cuci baju sebelum balik...tp jgn lupo bw sabun basuh yer....huhu.....




ni bilik tidur utama....sy suka sgt wall paper ni...soft sgt....bilik ni ada air cond....



ini pula bilik kedua....ada kipas....


ini pula bilik ke 3...ada kipas n iron board....tiap2 bilik ada almari utk simpan pakaian....


sekian update dr sy.....jom overnight kat cni.....

Thursday, 26 February 2015

pengisian rohani

10 TIPS MENDIDIK ANAK CEMERLANG

1. Selalu bergurau, buat lawak dan ketawa bersama
Hasil kajian dari Economic and Social Research Councils’ Festival of Social Science pada tahun 2011 mengatakan dengan bergurau bersama anak-anak dapat membantu mereka dalam hubungan sesama manusia. Apabila ibu-bapa bergurau bersama anak-anak, diselangi dengan ketawa mereka, rasa sungguh bahagia.

2. Sentiasa bersabar dan berfikiran positif
Ibu-bapa jangan sesekali meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak-anak. Apabila mereka dilayan dengan kasar, minda mereka akan diracuni dengan perihal negatif. Tambahan lagi, jika mereka mengalami layanan kasar yang sama ketika berada di rumah pengasuh. Seawal umur 5 tahun, anak boleh jadi agresif. Ia akan tersimpan dan menjadi-jadi apabila dewasa.

3. Tanamkan sifat bersimpati pada orang lain
Tidak bermakna tidak bersimpati pada diri sendiri. Namun, terapkan rasa simpati atas kesusahan orang lain. Jika nampak ada orang minta sedekah, ajar anak erti kesusahan. Berikan mereka setidak-tidaknya RM1 untuk disedekahkan. Mungkin nilai material tidak besar, tetapi ia akan memberi kesan jangka panjang yang amat mendalam.

4. Biarkan anak berdikari
Bukan ibu-bapa tidak sayang. Setidak-tidaknya, kita lihat mereka berusaha dengan kudrat sendiri. Jika berjalan-jalan di luar, cuba biarkan anak beli makanan sendiri. Kita perhatikan dari jauh sahaja.

5. Elakkan bergaduh di hadapan anak
Ini penting. Jangan bergaduh, memaki-hamun dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan memberikan kesan psikologi yang cukup hebat. Anak akan rasa runsing, tidak tenteram dan emosi tidak stabil. Kalau nak gaduh, sila masuk dalam bilik tidur. Silap-silap boleh dapat anak lagi satu.

6. Jaga kesihatan, elakkan tekanan
‘Stress’ cukup sinonim pada zaman sekarang. Mungkin sebab kerja di pejabat, mungkin juga sebab kerja-kerja rumah. Ubat tahan sakit bagaikan makanan harian pula. Ibu-bapa kena faham, bila mereka tertekan, anak juga terasa tempiasnya. Ini kerana mereka akan rasa layanan yang berlainan.

7. Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki
Ini bukan sekadar soal jantina semata-mata. Ia adalah lebih kepada kemesraan. Selalunya, apabila anak semakin membesar, mereka masih lagi inginkan pelukan dan ciuman dari ibu-bapa sendiri. Walaupun selalu anak lebih rapat dengan ibu, mereka juga mahukan layanan istimewa dari ayah. Ini baru seimbang

8. Biarkan anak ‘melawan’
Bukan dalam erti kata ‘melawan’ dengan kurang ajar. Namun biarkan anak memertahankan pendapat mereka sendiri. Ada kalanya, anak-anak rasa dia betul, namun sebaliknya, mereka belum cukup matang. Sebagai ibu-bapa, biarkan anak meluahkan rasa hati dan hujah mereka. Dengar dan fahamkan. Bukan bermakna kita setuju, tetapi sekadar memberi peluang mereka berkata-kata.

9. Usah berharap kepada anak yang sempurna
Semua ibu-bapa mahu anak yang ‘perfect’ atau sempurna serba-serbi. Namun, tidak semestinya kita dianugerahkan anak yang sebegitu. Jika mereka tidak berapa bagus pencapaian disekolah, dekatilah anak dengan kasih sayang. Jangan marah-marah bagaikan tiada hari esok. Mungkin itu sahaja tahap yang mereka boleh pergi. Dengan kata yang lain, ibu-bapa kena cuba menerima hakikat yang anak mereka tidak seperti yang diharapkan. Terimalah mereka seadanya.

10. Fahami kehendak anak

Semua orang rasa mereka lebih tahu cara mendidik anak. Namun, tidak semua anak berperangai sama. Mungkin ada yang sesuai dengan anak sulung, tetapi tidak pada anak kedua. Oleh kerana itu, penuhi kehendak anak yang berlainan. Bukan bermakna manjakan mereka dengan apa yang mereka pinta, tetapi lebih kepada penghargaan. Penyelidik bernama Liliana Lengua dari University of Washington mengatakan ibu-bapa perlu menyokong kehendak anak berdasarkan permintaaan mereka. Kalau anak mahukan basikal, tentu dia akan berkata “Seronoknya tengok Amir (nama samaran) tu main basikal kan ayah. Macam best je”. Ia tidak secara terus, tetapi lebih kepada satu ‘signal’. Ibu-bapa kena cepat tangkap maksud tersirat sebegini.




Wednesday, 27 March 2013

Cara mengejutkan suami bangun dari tidur....



Apabila mendengar tajuk yang sy tulis ni...mungkin agak remeh...tapi ketahuilah...ini adalah salah satu cabaran si isteri untuk membangunkan suami kesayangan kita utk bangun dari tidur.Bukan apa, kita bukan saje2 untuk kejutkan suami..kdg2 kita mesti kejutkan suami...untuk bersolat.Kalau boleh kita nak suami kita menjaga solat...jgn bila kita ada bersama..solat ditinggalkan pula...Ini ada sedikit tips utk dikongsi bersama
  1. Malam,sebelum tidur...pesan pd suami,kita akan kejutkan suami pukul berapa...sbg contoh nak suami bangun solat subuh...kalu suami jawab 6.45 pg....so, ulang sekali lg pd suami...abg,esok sy kejutkan abg pukul 6.45 pg utk solat subuh yer....(cakap dengan lembut...)
  2. Apabila tiba jam 6.45 pg,..gosok dengan lembut ibu jari kaki....ckp dengan baik,.abg,bangun..da 6.45pg...bangun ,solat subuh....
  3. Andaikata suami kata,lagi 5 minit...ngantuk laa...ckp dengan baik,..ok abg,lg 5 minit jer tau....lg 5 sy kejutkan abg.
  4. Adalah lebih baik si isteri buatla apa2 kerja dalam masa 5 minit...jgn kacau suami tidur selagi masa yg diminta oleh suami tidak melepasi waktu subuh.....
  5. Setelah cukup 5 minit,..pergilah kejut suami...ckp lah dengan suami...abg,bgunlaaa...da 5 minit.Td abg ckp lg 5 minit jer....Andaikata suami xbgn juga...ckpla dengan suami,abg,bgn laaa...kalu abg xbgn,...habis la waktu solat subuh....sian anak kita dpt ayah yg xsolat....sianla kat diorang...sebutla nama anak....InsyaAllah,suami kita pasti akan bangun....

Suami kita ni bukan xmo bgn solat,..kdg2 suami ni kerja penat..tu yg die keletihan tu...di harap isteri di luar sana jd lah isteri yg hebat....sgt sabar dlm menangani kerenah suami...jgn lupa,apa2 kita buat
kita berdoalah pd Allah...sekecil mana pun usaha kita, mengadulah pd Allah...Allah pasti bantu kita.

Selamat mencuba.....