10 TIPS MENDIDIK ANAK
CEMERLANG
1. Selalu bergurau,
buat lawak dan ketawa bersama
Hasil kajian
dari Economic and Social Research Councils’ Festival of Social Science pada
tahun 2011 mengatakan dengan bergurau bersama anak-anak dapat membantu mereka
dalam hubungan sesama manusia. Apabila ibu-bapa bergurau bersama anak-anak,
diselangi dengan ketawa mereka, rasa sungguh bahagia.
2. Sentiasa bersabar
dan berfikiran positif
Ibu-bapa
jangan sesekali meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak-anak. Apabila
mereka dilayan dengan kasar, minda mereka akan diracuni dengan perihal negatif.
Tambahan lagi, jika mereka mengalami layanan kasar yang sama ketika berada di
rumah pengasuh. Seawal umur 5 tahun, anak boleh jadi agresif. Ia akan tersimpan
dan menjadi-jadi apabila dewasa.
3. Tanamkan sifat
bersimpati pada orang lain
Tidak
bermakna tidak bersimpati pada diri sendiri. Namun, terapkan rasa simpati atas
kesusahan orang lain. Jika nampak ada orang minta sedekah, ajar anak erti
kesusahan. Berikan mereka setidak-tidaknya RM1 untuk disedekahkan. Mungkin
nilai material tidak besar, tetapi ia akan memberi kesan jangka panjang yang
amat mendalam.
4. Biarkan anak
berdikari
Bukan
ibu-bapa tidak sayang. Setidak-tidaknya, kita lihat mereka berusaha dengan
kudrat sendiri. Jika berjalan-jalan di luar, cuba biarkan anak beli makanan
sendiri. Kita perhatikan dari jauh sahaja.
5. Elakkan bergaduh di
hadapan anak
Ini penting.
Jangan bergaduh, memaki-hamun dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan
memberikan kesan psikologi yang cukup hebat. Anak akan rasa runsing, tidak
tenteram dan emosi tidak stabil. Kalau nak gaduh, sila masuk dalam bilik tidur.
Silap-silap boleh dapat anak lagi satu.
6. Jaga kesihatan,
elakkan tekanan
‘Stress’
cukup sinonim pada zaman sekarang. Mungkin sebab kerja di pejabat, mungkin juga
sebab kerja-kerja rumah. Ubat tahan sakit bagaikan makanan harian pula.
Ibu-bapa kena faham, bila mereka tertekan, anak juga terasa tempiasnya. Ini
kerana mereka akan rasa layanan yang berlainan.
7. Ayah lebihkan masa
dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki
Ini bukan
sekadar soal jantina semata-mata. Ia adalah lebih kepada kemesraan. Selalunya,
apabila anak semakin membesar, mereka masih lagi inginkan pelukan dan ciuman
dari ibu-bapa sendiri. Walaupun selalu anak lebih rapat dengan ibu, mereka juga
mahukan layanan istimewa dari ayah. Ini baru seimbang
8. Biarkan anak
‘melawan’
Bukan dalam
erti kata ‘melawan’ dengan kurang ajar. Namun biarkan anak memertahankan
pendapat mereka sendiri. Ada kalanya, anak-anak rasa dia betul, namun
sebaliknya, mereka belum cukup matang. Sebagai ibu-bapa, biarkan anak meluahkan
rasa hati dan hujah mereka. Dengar dan fahamkan. Bukan bermakna kita setuju,
tetapi sekadar memberi peluang mereka berkata-kata.
9. Usah berharap kepada
anak yang sempurna
Semua
ibu-bapa mahu anak yang ‘perfect’ atau sempurna serba-serbi. Namun, tidak
semestinya kita dianugerahkan anak yang sebegitu. Jika mereka tidak berapa
bagus pencapaian disekolah, dekatilah anak dengan kasih sayang. Jangan
marah-marah bagaikan tiada hari esok. Mungkin itu sahaja tahap yang mereka
boleh pergi. Dengan kata yang lain, ibu-bapa kena cuba menerima hakikat yang
anak mereka tidak seperti yang diharapkan. Terimalah mereka seadanya.
10. Fahami kehendak
anak
Semua orang
rasa mereka lebih tahu cara mendidik anak. Namun, tidak semua anak berperangai
sama. Mungkin ada yang sesuai dengan anak sulung, tetapi tidak pada anak kedua.
Oleh kerana itu, penuhi kehendak anak yang berlainan. Bukan bermakna manjakan
mereka dengan apa yang mereka pinta, tetapi lebih kepada penghargaan.
Penyelidik bernama Liliana Lengua dari University of Washington mengatakan
ibu-bapa perlu menyokong kehendak anak berdasarkan permintaaan mereka. Kalau
anak mahukan basikal, tentu dia akan berkata “Seronoknya tengok Amir (nama
samaran) tu main basikal kan ayah. Macam best je”. Ia tidak secara terus,
tetapi lebih kepada satu ‘signal’. Ibu-bapa kena cepat tangkap maksud tersirat
sebegini.